Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tragedi Balai Polis Ulu Tiram Tragedi Berdarah Terus Dikenang 20250523

Published: 23 May 2025 2.43 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Johor Bahru, 17 Mei 2025 - Hari ini genap setahun serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, yang bukan saja menggemparkan negara, malah itu terus dikenang sebagai detik hitam dalam sejarah keselamatan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tragedi-balai-polis-ulu-tiram-tragedi-berdarah-terus-dikenang-20250523
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT
Johor Bahru, 17 Mei 2025 - Hari ini genap setahun serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, yang bukan saja menggemparkan negara, malah itu terus dikenang sebagai detik hitam dalam sejarah keselamatan negara.

Kejadian awal pagi 17 Mei tahun lalu, balai polis yang terletak di pinggir bandar raya ini dikejutkan dengan serangan bersenjata seorang lelaki yang meragut nyawa dua anggotanya serta mencederakan seorang lagi, manakala suspek berusia 21 tahun ditembak mati.

Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 tahun dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24 tahun terkorban dalam serangan berdarah jam 2.54 pagi itu.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi meninggal dunia akibat ditetak di belakang leher dan kepala, manakala Muhamad Syafiq maut akibat ditembak di pipi sehingga menembusi kepala.

Mereka ialah anggota ronda cegah jenayah di balai polis berkenaan yang baharu berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia kira-kira dua tahun.
Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan parah, namun diselamatkan dan kini sudah kembali bertugas.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq yang diiktiraf sebagai wira negara dinaikkan pangkat kepada Koperal secara anumerta (posthumous) sebulan selepas serangan berdarah itu, manakala Mohd Hasif pula dinaikkan pangkat ke Sarjan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎Setabun serangan di Balai Polis Ulu Tiram BALUPOLIS KRONOLOGI SERANGAN 2024 BALAI POLIS JLU TIRAM ,זין danpade


ArticlePublished 23 May 2025 2.43 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM