
Artikel
LIMA’25: KPN RAI DELEGASI POLIS ASEAN DALAM MAJLIS MAKAN MALAM
Langkawi, 21 Mei 2025 – Sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh para delegasi Pasukan Polis negara ASEAN dalam Pameran Antarabangsa Maritim...
Langkawi, 21 Mei 2025 – Sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh para delegasi Pasukan Polis negara ASEAN dalam Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi Tahun 2025 (LIMA’25), Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah meraikan para tetamunya dalam sebuah majlis makan malam yang diadakan di Dash Resort Langkawi, di sini.
Majlis yang dihoskan sendiri oleh Tan Sri Razarudin telah menghimpunkan delegasi-delegasi Polis ASEAN yang terdiri daripada Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Laos, Vietnam, Cambodia dan Filipina yang sentiasa menyokong Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus menjadikannya platform memperkukuh hubungan diplomatik, kerjasama serta jaringan dalam bidang kepolisan.
Berucap di hadapan para tetamu yang hadir, Tan Sri Razarudin berkata, PDRM komited dan mengalu-alukan kerjasama, sokongan dan perkongsian kepakaran khususnya untuk mempertingkat kawalan sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman dan kepimpinan tertinggi PDRM.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi