
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Nahas Trak Psp Harap Lebih Ramai Saksi Awam Tampil Bantu Siasatan
Teluk Intan, 17 Mei 2025 - Siasatan terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Se...
Teluk Intan, 17 Mei 2025 - Siasatan terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalu, sudah diserahkan kepada agensi yang berkaitan untuk dikenakan tindakan tegas.
Beliau berkata, siasatan pada peringkat awal menjurus kepada tiga aspek iaitu kecuaian manusia, isu teknikal dan persekitaran, di mana semua aspek itu sedang diperhalusi kerana ia membabitkan bidang kepakaran pihak berkenaan.
“Kita sudah memanggil pemilik syarikat lori itu pada Khamis untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam siasatan yang dijalankan bersama JPJ, MIROS dan PUSPAKOM yang melihat dari sudut lain selain Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijalankan polis.
“Semua elemen yang boleh membantu siasatan termasuk penyelenggaraan dan sebagainya, diambil kira dan dimasukkan dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.