Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tingkat Kemahiran Tempur Jarak Dekat

Published: 16 Jul 2021 6.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Komander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd Yusoff berkata, tempur jarak dekat yang sedang diperkenalkan kepada anggota-anggotanya merupakan gabungan pelbagai seni mempertahankan diri yang terdapat pada masa kini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tingkat-kemahiran-tempur-jarak-dekat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:59 MYT
Ipoh, 16 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Khas (PGK) 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meningkatkan kemahiran setiap anggotanya dalam tempur jarak dekat atau “close range combat” (CRC).

Komander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd Yusoff berkata, tempur jarak dekat yang sedang diperkenalkan kepada anggota-anggotanya merupakan gabungan pelbagai seni mempertahankan diri yang terdapat pada masa kini.

Menurut Tuan Abdul Razak, pihaknya sebelum ini telah membuat kajian mengenai beberapa seni mempertahankan diri termasuk silat, seni bela diri campuran (MMA) dan banyak lagi.

Katanya, daripada kajian tersebut beberapa kombinasi seni mempertahankan diri digabungkan untuk menjadi satu dan diterapkan dalam tempur jarak dekat untuk 69 Komando.

"Langkah itu diambil memandangkan ancaman keselamatan juga sentiasa berubah-ubah dengan pelbagai teknik serangan.

"Sebab itu 69 Komando tidak boleh statik termasuk dalam seni mempertahankan diri dan perlu berwaspada kerana teknik ancaman serta serangan musuh terhadap anggota keselamatan juga pelbagai dan berubah dari masa ke masa.

"Kami buat kajian terhadap pelbagai seni mempertahankan diri termasuk MMA dan dari situ kami gabungkan untuk menjadi satu dan diterapkan kepada anggota-anggota 69 Komando," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Tingkat kemahiran tempur jarak dekat Teknik gabungan pelbagai seni mempertahankan diri itudiperkenalkan kep


ArticlePublished 16 Jul 2021 6.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM