Artikel
Artikel Pilihan Pemilik Rumah Bonda Ditahan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan keti...
Kuala Lumpur, 16 Julai 2021 - Pemilik Rumah Bonda ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi Harian Metro berkata, wanita berusia 29 tahun itu ditahan 10.30 pagi semalam.
Katanya, dia ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
"Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah," katanya.
Sumber: Harian Metro