Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiada Penglibatan Rakyat Tempatan Sebagai Ejen Perisik Asing Kpn

Published: 17 Nov 2023 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini, pihaknya hanya mengesan penglibatan rakyat tempatan yang diupah untuk tugas tertentu tanpa mengetahui identiti sebenar pihak yang mengupah mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiada-penglibatan-rakyat-tempatan-sebagai-ejen-perisik-asing-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:56 MYT
Petaling Jaya, 17 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tidak menolak kemungkinan kehadiran ejen perisikan asing termasuk Mossad di negara ini bagi menjalankan kegiatan mengintip, namun, tiada warga tempatan terbabit.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tan Sri Razarudin berkata, setakat ini, risikan mendapati rakyat tempatan yang dikaitkan dengan ejen tersebut hanya diupah menjalankan tugas tertentu sahaja.

Bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini, pihaknya hanya mengesan penglibatan rakyat tempatan yang diupah untuk tugas tertentu tanpa mengetahui identiti sebenar pihak yang mengupah mereka.

“Ini berlaku kepada 11 warga tempatan ini yang didalangi seorang wanita didapati terlibat menculik seorang lelaki Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit September tahun lalu.

“Suspek utama yang bekerja sebagai penyiasat persendirian diupah dengan ganjaran lumayan oleh pihak di luar negara sehinggakan sebenarnya mereka diupah dengan ejen perisikan luar dan akhirnya diberkas polis,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 17 Nov 2023 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM