Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Salah Guna Media Sosial Jual Ketum Kpn

Diterbitkan: 17 Nov 2023 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Polis Diraja Malaysia memandang serius kegiatan penjualan daun dan air ketum yang menjadikan media sosial sebagai medium mempromosikan aktiviti berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-salah-guna-media-sosial-jual-ketum-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:11 MYT
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Polis Diraja Malaysia memandang serius kegiatan penjualan daun dan air ketum yang menjadikan media sosial sebagai medium mempromosikan aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara yang bertentangan dengan undang-undang akan diambil tindakan apatah lagi menyalahgunakan media sosial.
“Selain itu, penagihan air ketum mendatangkan kemudaratan kerana campuran bermacam-macam bahan kimia.

“Pihak polis agresif melakukan risikan dan tangkapan terhadap kegiatan ini melalui pelbagai pendekatan serta operasi bersepadu," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, antara modus operandi dikesan ialah premis digunakan untuk dijadikan tempat membungkus dan memproses ketum.

“Ini terbukti menerusi hasil kejayaan tangkapan dan rampasan untuk tindakan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tegasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2023 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM