
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tembakan Di Pattani Kawalan Sempadan Negara Diperketat
Kota Bharu, 29 Mei 2026 - Kawalan keselamatan di sempadan negara dipertingkatkan susulan insiden tembakan di Pattani, Thailand sehingga mengorbankan isteri seo...
Kota Bharu, 29 Mei 2026 - Kawalan keselamatan di sempadan negara dipertingkatkan susulan insiden tembakan di Pattani, Thailand sehingga mengorbankan isteri seorang anggota polis negara itu, Isnin lalu.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian tersebut disifatkan sebagai kes terpencil dan setakat ini, tiada sebarang maklumat menunjukkan wujud ancaman terhadap keselamatan di Kelantan.
"Kawalan sempadan seperti biasa, kami sentiasa berkawal dan berwaspada 24 jam," katanya ketika ditemui sempena Majlis Ibadah Korban Jama'ie anjuran Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di Panji di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Media Thailand melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, empat lelaki bersenjata memakai pakaian wanita dan bertudung melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta milik Police Senior Sergeant Major Adul Hayeesulong, 38 tahun, bersama keluarganya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran
