Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ujian Kesihatan Syarat Warga Emas Perbaharui Lesen Memandu Wajar

Diterbitkan: 29 May 2026 6.49 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.53 PM
Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 - Cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan pembaharuan lesen kepada memandu bermula pada usia 70 tahun, dilihat mempunyai justifikasi munasabah dan wajar dipertimbangkan di negara ini, khususnya dalam konteks meningkatkan keselamatan jalan raya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ujian-kesihatan-syarat-warga-emas-perbaharui-lesen-memandu-wajar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:34 MYT

Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 - Cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan pembaharuan lesen kepada memandu bermula pada usia 70 tahun, dilihat mempunyai justifikasi munasabah dan wajar dipertimbangkan di negara ini, khususnya dalam konteks meningkatkan keselamatan jalan raya.

Pakar keselamatan jalan raya dan kesihatan berpandangan peningkatan jangka hayat serta pertumbuhan populasi warga emas di negara ini mendorong lebih ramai orang terus memandu pada usia lanjut, sekali gus menuntut pendekatan lebih sistematik dalam menilai tahap kecergasan pemandu.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Law Teik Huan mengakui faktor kesihatan boleh memberi kesan langsung terhadap keupayaan seseorang mengendalikan kenderaan dengan selamat.

"Meskipun ramai individu berusia 70 tahun ke atas masih aktif, sihat dan mempunyai rekod pemanduan yang baik, pendekatan terbaik ialah saringan berdasarkan tahap fungsi kesihatan dan risiko individu, bukannya umur semata-mata.

"Pemeriksaan kesihatan boleh membantu mengenal pasti masalah yang mungkin menjejaskan pemanduan sebelum berlaku kemalangan serius," katanya kepada Berita Harian semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 29 May 2026 6.49 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.53 PM