Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tangani Isu Rasuah Tata Kelola Negara Selamat Timbalan Kpn

Published: 23 May 2024 3.18 AM Updated: 15 Aug 2026 8.13 PM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui, negara tidak akan selamat dan sukar membangun sekiranya isu rasuah serta tatakelola tidak ditangani.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tangani-isu-rasuah-tata-kelola-negara-selamat-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:42 MYT
Petaling Jaya, 22 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui, negara tidak akan selamat dan sukar membangun sekiranya isu rasuah serta tatakelola tidak ditangani.

“Saya cakap hal ini secara terbuka, hakikatnya ada pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket dadah.

“Waktu saya menjadi pengarah bahagian narkotik, saya tangkap seorang ketua dan beberapa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah negeri Pantai Timur berpangkat Superintendan, Deputi Superintendan, Asisten Superintendan dan Inspektor.

“Kita tangkap mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen. Yang kita tangkap ini adalah Ketua JSJN negeri. Kesemua yang terlibat itu akhirnya dibuang daripada Polis Diraja Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika siaran langsung pada program sembang santai Cakna Kenegaraan di Akademik Kenegaraan Malaysia di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 23 May 2024 3.18 AMUpdated 15 Aug 2026 8.13 PM