Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Ditahan Lakukan Jual Beli Hidupan Liar

Diterbitkan: 23 May 2024 2.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Nibong Tebal, 23 Mei 2024 - Kegiatan menjual pelbagai spesies hidupan liar dengan menjadikan kediaman di Kampung Tanah Kebun di sini sebagai tempat simpanan terbongkar, Ahad lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-ditahan-lakukan-jual-beli-hidupan-liar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT
Nibong Tebal, 23 Mei 2024 - Kegiatan menjual pelbagai spesies hidupan liar dengan menjadikan kediaman di Kampung Tanah Kebun di sini sebagai tempat simpanan terbongkar, Ahad lalu.

Aktiviti seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dikesan hasil risikan sepasukan Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pulau Pinang.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Hj. Rusley Chi Ari berkata, Op Taring Landai dan Op Bersepadu Khazanah itu dijalankan kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, pelbagai spesies burung dirampas iaitu disyaki empat ekor Green Checked Conure, Masked Love Bird (6), Sun Conure (1), Peach Faced Love Bird (10), Fischer Love Bird (6) dan Rose Ringed Parakeet (1).

“Turut dirampas ialah seekor kongkang. Kesemua hidupan liar ini ditemui di pondok hadapan rumah suspek," katanya.

Beliau berkata, anggaran nilai rampasan berjumlah RM15,000.

Katanya, lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam aktiviti menjual beli hidupan liar tanpa permit atau dokumen sah daripada Jabatan PERHILITAN.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArtikelDiterbitkan 23 May 2024 2.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM