Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Talian Kasih 15999 Bantu Masyarakat Adu Masalah Sosial Kesihatan

Published: 30 Nov 2020 6.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 30 November 2020 - Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang boleh diakses oleh orang awam melalui dua saluran iaitu menerusi talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-talian-kasih-15999-bantu-masyarakat-adu-masalah-sosial-kesihatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT

Putrajaya, 30 November 2020 - Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang boleh diakses oleh orang awam melalui dua saluran iaitu menerusi talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999.

Perkhidmatan yang beroperasi 24 jam setiap hari itu berfungsi sebagai 'single point of contact' kepada semua pelanggan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan mahupun permohonan.

Skop perkhidmatan Talian Kasih merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif dan masalah sosial remaja.

Selain isu yang berkaitan keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi, petugas Talian Kasih juga berhadapan dengan pelbagai bentuk aduan lain seperti putusnya bekalan makanan, kes penderaan, masalah orang kurang upaya (OKU), malah mereka juga turut menerima panggilan nakal yang menjadikan mereka sebagai medan tempat meluahkan perasaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: text that says 'Petugas Talian Kasih sentiasa bersedia bantu tangani masalah rakyat Talian Kasih 15999 beroperasi 24 jam FOTO:ASRILASWAN
ArticlePublished 30 Nov 2020 6.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM