Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Macau Scam Hampir 1 000 Individu Ditahan Sehingga Oktober

Diterbitkan: 30 Nov 2020 7.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 30 November 2020 - Sebanyak 993 individu ditahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini selepas terlibat dalam kegiatan 'Macau Scam'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-macau-scam-hampir-1-000-individu-ditahan-sehingga-oktober
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT

Kuala Lumpur, 30 November 2020 - Sebanyak 993 individu ditahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini selepas terlibat dalam kegiatan 'Macau Scam'.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Jonathan Yasin berkata tangkapan pada 1 Januari hingga 31 Oktober itu melibatkan 912 warga tempatan dan 81 rakyat asing.

"Pertuduhan yang telah dibuat berkaitan kes Macau Scam ini ialah 605 orang," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, belum ada kajian mengenai umur mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dan pihak Kementerian Dalam Negeri akan membuat penelitian berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Tuan Jonathan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara Malaysia, syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian.

Selain itu, katanya sebuah Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber yang terdiri daripada PDRM dan SKMM telah ditubuhkan pada Mac 2019 bagi tujuan sama.

Beliau berkata di peringkat dalaman PDRM pula, satu Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini kes jenayah dalam talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang membantu dari segi kepakaran dan teknologi.

Sumber:BERNAMA dan TV3 Malaysia

Video Pilihan Macau Scam Hampir 1 000 Individu Ditahan Sehingga Oktober
ArtikelDiterbitkan 30 Nov 2020 7.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM