Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Syor Modul Latihan Pdrm Disemak Perlu Kajian Mendalam Kpn

Diterbitkan: 15 Feb 2024 2.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
yor supaya modul latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disemak semula bagi menangani isu integriti anggota dan pegawai pasukan itu perlu melalui kajian lebih mendalam, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-syor-modul-latihan-pdrm-disemak-perlu-kajian-mendalam-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:09 MYT
Ipoh, 15 Februari 2024 - Syor supaya modul latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disemak semula bagi menangani isu integriti anggota dan pegawai pasukan itu perlu melalui kajian lebih mendalam, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.

Walaupun menyambut baik cadangan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) itu, beliau berpandangan kajian tepat harus dilakukan jika mahu merubah modul latihan sedia ada yang dilihatnya sudah ketat.

“Modul sedia ada bagi latihan serta tapisan dalam pengambilan anggota dan pegawai sudah dianggap ketat. la termasuk bab keagamaan, sama ada bagi orang Islam atau bukan Islam yang memang ada modul moral.

“Jadi, cara pengambilan itu, modul yang ada, saya rasa buat masa ini kalau hendak diubah, kita perlu buat kajian yang sangat tepat. Bagi pengambilan pelatih untuk menjadi polis, sama ada konstabel, sarjan dan inspektor, memang ada prosedur berbentuk tapisan.

“la termasuk pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan, ujian SPiER (Sistem Pemprofilan Rekrutmen) oleh Kementerian Dalam Negeri, temu duga bersemuka serta tapisan keselamatan. Memang sudah ada kriteria yang patut untuk pengambilan, bahkan ia turut disiarkan dalam iklan permohonan,” katanya.

Tan Sri Razarudin berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Tahun 2024 di Padang Kawad Kem Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2024 2.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM