Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Suami Tentera Isteri Polis Ungguli Maraton Jambatan Pulau Pinang

Diterbitkan: 18 Dec 2023 2.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sepasang suami isteri anggota beruniform melakar kejayaan manis apabila mengungguli Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) buat kali kedua bersama-sama,apabila masing-masing memenangi kategori lelaki dan wanita Malaysia pada acara yang berlangsung, pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-suami-tentera-isteri-polis-ungguli-maraton-jambatan-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Georgetown, 18 Disember 2023 - Sepasang suami isteri anggota beruniform melakar kejayaan manis apabila mengungguli Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) buat kali kedua bersama-sama,apabila masing-masing memenangi kategori lelaki dan wanita Malaysia pada acara yang berlangsung, pagi semalam.

Kemenangan itu, sekali gus membolehkan Koperal Sokongan Noor Amelia Musa, 37, dan Nik Fakaruddin Ismail, 38, membawa pulang wang RM10,000 berserta trofi.

Koperal Sokongan Noor Amelia yang bertugas sebagai anggota polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur mencatatkan masa 3 jam 14 minit 36 saat dengan jarak 42 kilometer manakala suaminya yang juga anggota Tentera Darat (TDM) di Kem 74 Workshop Divisyen Sungai Besi menamatkan larian dengan rekod masa 2 jam 43 minit dan 57 saat.

Nik Fakaruddin berkata, kemenangan itu adalah kali kelima secara peribadi selepas menang empat kali berturut-turut sebelum ini pada 2016, 2017, 2018 dan 2019, namun tahun lalu, dia tidak menyertai PBIM kerana terbabit dengan pemilihan untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA dalam acara duathlon.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, gingerbread cookie and text that says 'Suami isteri ungguli maraton Jambatan Pulau Pinang katanya. Champion M5,000.00 RM5,000.
ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2023 2.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM