Artikel
Artikel Pilihan Langgar Pelajar Keputusan Agc Bersandarkan Siasatan Pegawai Kanan Ditahan Kerja Kpn
Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin memberitahu, pegawai kanan berkenaan akan ditahan kerja sebaik sahaja pertuduhan dibaca esok.
Petaling Jaya, 17 Disember 2023 - Keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) menuduh pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah bukti siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah telus.
“Keputusan ini adalah kebijaksanaan Jabatan Peguam Negara dalam membuat penilaian bersandarkan kepada siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat.
“Kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik serta berkredibiliti,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Peguam Negara mendakwa pegawai kanan polis itu di Mahkamah Majistret Ipoh, esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin memberitahu, pegawai kanan berkenaan akan ditahan kerja sebaik sahaja pertuduhan dibaca esok.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
