Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Skin Care Ubat Palsu Rm400 930 Diserbu

Diterbitkan: 14 Jan 2025 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Klang, 14 Januari 2025 - Sebuah gudang yang menjadi stor simpanan produk penjagaan diri dan ubatan tidak sah digempur dalam kejadian di Jalan Pos Baru di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-skin-care-ubat-palsu-rm400-930-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:02 MYT
Klang, 14 Januari 2025 - Sebuah gudang yang menjadi stor simpanan produk penjagaan diri dan ubatan tidak sah digempur dalam kejadian di Jalan Pos Baru di sini, kelmarin.

Serbuan pukul 1 tengah hari dibuat Unit Gempur Marin bersama Unit Risikan Marin Pelabuhan Klang menerusi Op Taring Landai merampas keseluruhan produk bernilai RM404,930.

Komander Pasukan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, ACP Hj. Rusley Chi Ari berkata, operasi khas itu dijalankan hasil maklumat pihaknya mengenai produk yang disyaki tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, ketika serbuan seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun dipercayai penjaga berada di premis berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan pelbagai produk termasuk ubatan dan makanan yang dipercayai tidak sah.

“Lelaki itu turut gagal mengemukakan dokumen kelulusan KKM dan ditahan bagi tindakan lanjut,” katanya di sini semalam.

ACP Hj. Rusley menambah, produk yang dirampas meliputi 37 jenis barangan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta 16 jenis barangan mengikut Akta Makanan 1983.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2025 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM