Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Barang Tanpa Dokumen Rm1 2 Juta
Kulim, 14 Januari 2025 - Pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, alatan kenderaan dan barangan kosmetik tanpa dokumen sah dan meragukan dianggarkan bernilai...
Kulim, 14 Januari 2025 - Pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, alatan kenderaan dan barangan kosmetik tanpa dokumen sah dan meragukan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas dalam operasi di sini, Sabtu lalu.
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Shahrum Hashim berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota PGA Batalion 2 apabila menahan sebuah treler dipandu seorang lelaki berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Baru Puteri Jaya, di sini, kira-kira jam 3.30 petang.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di belakang treler itu menemui pelbagai baju, selipar, alat ganti motosikal, makanan dan pewangi yang dibawa masuk ke negara ini dari Thailand.
“Pihak polis mengarahkan pemandu berusia 49 tahun itu untuk mengemukakan dokumen kelulusan dan butiran barangan yang dibawa bagi tujuan pemeriksaan, tetapi gagal menunjukkan dokumen berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati kesemua barangan itu tidak mempunyai cukai kastam dan nilai keseluruhan barangan termasuk treler berkenaan adalah RM2 juta.
“Suspek bersama kesemua 67 item barangan itu kemudian dibawa ke Pejabat Kastam Sungai Petani untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Kem Batalion 2 PGA, di sini, kelmarin.
SAC Sharum berkata, antara barangan terbabit yang dirampas adalah 194 kotak pakaian, 115 kotak alat ganti kenderaan, 910 kotak barang kosmetik serta suplemen dan makanan haiwan seberat 508 kilogram.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.