
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Minuman Keras Tak Bercukai Rm1 9 Juta Tumpas
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran minuman keras tidak bercukai bernilai RM1.9 juta dalam serbu...
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran minuman keras tidak bercukai bernilai RM1.9 juta dalam serbuan di Puchong dan Klang, Selangor, Khamis lalu.
Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, lima individu termasuk dua warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan dalam operasi itu.
"Dalam operasi berkenaan, pihak polis merampas 389 peti (crate) dan 255 kotak minuman keras pelbagai jenama, dua lori serta lima unit telefon bimbit dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1,900,926.30," katanya.
Beliau berkata hasil risikan mendapati sindiket itu aktif menjalankan aktiviti penyimpanan, pengedaran serta penjualan minuman keras haram sejak 2024, dan menjadikan kawasan sekitar Pandamaran, Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang sebagai antara lokasi utama pengedaran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.