
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Teliti Cctv Klia Imej Bagasi Juruterbang
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA...
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta imej pengimbas bagasi susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sudah menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia dan membuka siasatan di Malaysia berhubung kes berkenaan.
Katanya, siasatan tertumpu kepada usaha mengenal pasti sumber bekalan dadah, individu dipercayai mengarahkan suspek serta rangkaian sindiket yang mungkin terbabit.
"Kita akan menyiasat kemungkinan wujud rangkaian sindiket yang menggunakan penerbangan atau laluan udara untuk menyeludup dadah berkait kes ini.
"Suspek juga dilaporkan pernah melakukan kegiatan sama menggunakan modus operandi sama sebelum ini, sehubungan itu akan menyemak rakaman CCTV di KLIA dan imej pengimbas bagasi bagi membantu siasatan," katanya kepada Berita Harian, semalam.