
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Peluang Ahli Perkep Perluas Pasaran
Kota Samarahan, 2 Ogos 2026 - Karnival Jom Heboh Sarawak Segulai Sejalai 2026 menjadi platform terbaik untuk Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia memperk...
Kota Samarahan, 2 Ogos 2026 - Karnival Jom Heboh Sarawak Segulai Sejalai 2026 menjadi platform terbaik untuk Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia memperkenal produk usahawan ahlinya kepada masyarakat, sekali gus membuka peluang lebih luas untuk mengembangkan pasaran.
Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose berkata, penyertaan sulung PERKEP dalam karnival itu memberi ruang kepada persatuan mengetengah pelbagai produk hasil tangan ahli yang terdiri daripada isteri pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, penyertaan bukan sekadar mempromosi produk tempatan, malah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan PERKEP dalam memperkasa ekonomi keluarga warga PDRM.
"Inilah platform terbaik untuk mempamerkan hasil usaha mereka kepada masyarakat," katanya ditemui di reruai PERKEP di sini, semalam.