Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Tumpas Polis Rampas Syabu Dan Pil Yaba Bernilai Rm400 Ribu

Diterbitkan: 04 Aug 2020 4.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 4 Ogos 2020 - Polis Pahang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini dengan salah satu sindiket tersebut berjaya dikesan hasil maklumat daripada penagih dadah yang mendedahkan bahawa bekalan diperoleh dari Dungun, Terengganu ketika ditahan dalam Op Tapis di sekitar Kuantan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-tumpas-polis-rampas-syabu-dan-pil-yaba-bernilai-rm400-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT

#PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs

Kuantan, 4 Ogos 2020 - Polis Pahang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini dengan salah satu sindiket tersebut berjaya dikesan hasil maklumat daripada penagih dadah yang mendedahkan bahawa bekalan diperoleh dari Dungun, Terengganu ketika ditahan dalam Op Tapis di sekitar Kuantan.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan maklumat terbabit, operasi khas digerakkan dan pihaknya berjaya menahan empat lelaki berusia 24 hingga 28 tahun di sekitar Kuantan dan Terengganu kelmarin.

Menurutnya, penahanan terbabit turut melibatkan rampasan dadah jenis Syabu dan pil Yaba dianggarkan seberat 7.3 kilogram dengan nilai mencecah RM400,000 selain menyita tiga kenderaan dan sejumlah wang dalam dua akaun bank dengan nilai sitaan berjumlah RM152,645.

"Hasil siasatan mendapati dua kumpulan ini aktif mengedar dadah jenis Syabu dan pil Yaba sekitar Kuantan sejak tujuh bulan lalu.

"Berdasarkan jumlah dadah yang dirampas, kita percaya bekalan itu mampu dibekalkan kepada lebih 30,240 penagih," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'JABATAN MEDIA NARKOT Penagih bongkar dalang edar dadah Duakumpulantersebut dalam aktifedar dadahjeni

ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2020 4.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM