Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Covid 19 Polis Cari Pasangan Langgar Arahan Kuarantin

Diterbitkan: 04 Aug 2020 4.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
George Town, 4 Ogos 2020 - Polis mengesan satu pasangan selepas gambar mereka memakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 di Bukit Bendera di sini tular dalam media sosial kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-covid-19-polis-cari-pasangan-langgar-arahan-kuarantin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT

George Town, 4 Ogos 2020 - Polis mengesan satu pasangan selepas gambar mereka memakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 di Bukit Bendera di sini tular dalam media sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang ternampak kelibat seorang lelaki dan wanita memakai gelang merah jambu pada pukul 6.30 petang kelmarin.

"Kita masih mengesan mereka menggunakan data maklumat yang diperoleh termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup di Bukit Bendera.

"Kita siasat dahulu kesahihannya, jika didapati melanggar syarat kuarantin, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Kosmo di sini semalam.

Kelmarin, sekeping gambar memaparkan individu memakai gelang tangan merah jambu di tempat letak kenderaan dipercayai berhampiran sebuah rumah ibadat di Bukit Bendera tular dalam media sosial.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Dikesan pakai gelang merah jambu kawasan pelancongan Polis cari pasangan Bukit Bendera HASLIZANUSI s

ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2020 4.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM