
Article
Keratan Akhbar Pilihan Simpan Dna Bayi Baru Lahir Penting Untuk Bantu Siasatan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, berkata, cadangan itu pernah dikemukakan pada 2001 namun ditolak kerajaan atas beberapa alasa...
Kuala Lumpur, 29 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengulangi cadangannya supaya sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bayi yang baru lahir diambil dan disimpan dalam bank data DNA demi kepentingan umum.
Beliau berkata, amat penting bagi pasukan keselamatan mempunyai bank data DNA yang lengkap, khususnya dalam membantu polis menyelesaikan kes jenayah.
“Melalui data DNA yang lengkap ia sekali gus memudahkan sebarang siasatan kes jenayah dijalankan, justeru ia penting data DNA diambil dan disimpan," katanya ketika dihubungi.