Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Tokan Dadah Atas Bumbung

Diterbitkan: 29 Mar 2023 1.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba dalam usaha menggagalkan cubaan 19 individu melarikan diri dengan memanjat bumbung melalui tingkap di sebuah flat di Jinjang Baru di sini Ahad lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-tokan-dadah-atas-bumbung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:09 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mac 2023 - Polis terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba dalam usaha menggagalkan cubaan 19 individu melarikan diri dengan memanjat bumbung melalui tingkap di sebuah flat di Jinjang Baru di sini Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Yahaya Othman berkata, serbuan di premis itu susulan risikan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul terhadap sindiket pengedaran dadah yang aktif di kawasan Sentul.

Katanya, polis melancarkan operasi itu bermula 5 pagi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan itu, kami menahan sembilan lelaki dan seorang wanita mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Hasil serbuan di kawasan itu juga membawa kepada penahanan seorang lelaki di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dua lelaki di bawah Seksyen 39A(1), 13 lelaki di bawah Seksyen 12(2) dan seorang lelaki di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Semua 27 warga tempatan itu berusia antara 23 tahun hingga 40 tahun, dibawa ke Pejabat BSJND Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut,“ katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people, people sitting and text that says 'GELAGAT Kuala Lumpur olisterpaks cuba melarikan diri atas bumbung dengan memanjat tingkap k
ArtikelDiterbitkan 29 Mar 2023 1.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM