Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Siasat Individu Sumbat Kucing Dalam Guni

Published: 13 Jan 2025 9.42 AM Updated: 15 Aug 2026 6.54 PM
Kajang, 13 Januari 2025 – Polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan tindakan sekumpulan individu didakwa menangkap kucing dipercayai untuk dibuang di Pangsapuri Batu 9, Cheras, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-siasat-individu-sumbat-kucing-dalam-guni
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:29 MYT

Kajang, 13 Januari 2025 – Polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan tindakan sekumpulan individu didakwa menangkap kucing dipercayai untuk dibuang di Pangsapuri Batu 9, Cheras, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian itu mula tular menerusi satu rakaman video dipercayai dirakam ketika kejadian pada Sabtu.

"Laporan diterima berkaitan kejadian ini jam 10.58 malam berkaitan tindakan beberapa individu dipercayai memasukkan beberapa ekor kucing dalam dalam guni.

"Guni berkenaan kemudiannya dibawa menaiki kereta dipercayai untuk dibuang di lokasi lain,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, semakan polis mendapati satu lagi laporan dibuat wakil kumpulan individu terbabit yang menafikan menganiaya dan mendera haiwan berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian

May be an image of text

ArticlePublished 13 Jan 2025 9.42 AMUpdated 15 Aug 2026 6.54 PM