
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Ppm Tahan Bot Pukat Tunda Jual Diesel Bersubsidi Tanpa Permit
Kota Kinabalu, 13 Januari 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot pukat tunda selepas disyaki menjalankan aktiviti penjualan diesel bersubsidi nela...
Kota Kinabalu, 13 Januari 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot pukat tunda selepas disyaki menjalankan aktiviti penjualan diesel bersubsidi nelayan tanpa permit di kawasan laut Safma, di sini, Jumaat lalu.
Bot pukat tunda itu ditahan bot ronda PPM Kota Kinabalu kira-kira jam 8 malam.
“Dua tangki diubah suai dengan kapasiti 1,000 liter yang berisi kira-kira 2,000 liter diesel, manakala empat tangki yang turut diubah suai dengan kapasiti 600 liter berisi 2,400 liter diesel.
“Dua lagi tangki diubah suai ditemui dengan kapasiti 800 liter berisi 1,600 liter diesel,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.