
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Siasat Individu Sumbat Kucing Dalam Guni
Kajang, 13 Januari 2025 – Polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan tindakan sekumpulan individu didakwa menangkap kucing dipercayai untuk dibuang di Pa...
Kajang, 13 Januari 2025 – Polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan tindakan sekumpulan individu didakwa menangkap kucing dipercayai untuk dibuang di Pangsapuri Batu 9, Cheras, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian itu mula tular menerusi satu rakaman video dipercayai dirakam ketika kejadian pada Sabtu.
"Guni berkenaan kemudiannya dibawa menaiki kereta dipercayai untuk dibuang di lokasi lain,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, semakan polis mendapati satu lagi laporan dibuat wakil kumpulan individu terbabit yang menafikan menganiaya dan mendera haiwan berkenaan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian