Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sindiket Kaut Untung Janji Temu Vaksin

Diterbitkan: 14 Jul 2021 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 14 Julai 2021 - Polis mengesan sindiket memanipulasi Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) dan aplikasi MySejahtera untuk mengaut untung cara mudah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-sindiket-kaut-untung-janji-temu-vaksin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:33 MYT
Petaling Jaya, 14 Julai 2021 - Polis mengesan sindiket memanipulasi Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) dan aplikasi MySejahtera untuk mengaut untung cara mudah.

Itu modus operandi segelintir individu menerusi sindiket yang menyamar 'orang tengah' bagi mendapatkan slot janji temu vaksinasi dengan bayaran tertentu.

Walhal melalui program itu, kerajaan negeri membuka tawaran tersebut kepada industri untuk mendapatkan vaksinasi dengan bayaran RM38O.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan mengiklankan perkhidmatan untuk mendapatkan slot janji temu vaksinasi di bawah SCVP melalui laman Facebook dan aplikasi WhatApps.

Kata beliau, sindiket itu menyasarkan individu yang berminat, kemudiannya akan disenaraikan sebagai penerima vaksin melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor.

Ujar beliau, harga yang ditawarkan oleh suspek adalah RM450 untuk warganegara dan RM800 untuk warga asing.

"Sehingga kini, hanya dua kes dikesan berkenaan cubaan penjualan dan penipuan janji temu vaksinasi Covid-19. Penahanan ke atas dua suspek yang berkaitan telah pun dibuat oleh pihak polis sebagaimana siaran media saya pada 17 Jun 2021 lalu.

"Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk menipu " katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.


May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 14 Jul 2021 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM