Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Rokok Haram Rm3 2 Juta Dalam Gudang

Diterbitkan: 14 Jul 2021 9.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lahad Datu, 14 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas rokok dipercayai diseludup bernilai lebih RM3.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-rokok-haram-rm3-2-juta-dalam-gudang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:22 MYT
Lahad Datu, 14 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas rokok dipercayai diseludup bernilai lebih RM3.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira jam 10 malam itu, semua rokok jenis kretek dan putih berkenaan didapati disembunyikan di dalam gudang yang berkunci dan berpagar.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Tuan Mohd Abduh Ismail berkata, operasi dijalankan hasil kerjasama Batalion (BN) 17 PGA Lahad Datu dan BN 14 PGA Tawau.

Katanya, ketika diserbu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun yang dipercayai penjaga gudang berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Sebaik berjaya masuk ke dalam gudang berkenaan, pasukan serbuan menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek.

"Rokok ini dipercayai dibawa masuk tanpa kelulusan dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'PGA rampas rokok haram RM3.2 juta dalam gudang Op Kontraban turut berkas lelaki warga Indonesia hnews@bh.co
ArtikelDiterbitkan 14 Jul 2021 9.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM