
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Hati Hati Jangan Jadi Mangsa Cyber Blackmail
Shah Alam, 3 Disember 2020 - Bukan hanya golongan dewasa menjadi mangsa peras ugut siber malah ada juga dalam kalangan warga emas turut diperdaya hingga sanggu...
Shah Alam, 3 Disember 2020 - Bukan hanya golongan dewasa menjadi mangsa peras ugut siber malah ada juga dalam kalangan warga emas turut diperdaya hingga sanggup beraksi bogel dan lucah di ruang siber.
Perkara itu didedahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Dato’ Fadzil Ahmat, berhubung jenayah ugutan melalui media sosial yang semakin berleluasa.
Beliau berkata, 180 kes jenayah ugutan direkodkan di Selangor bermula Januari hingga semalam. "Daripada jumlah itu, 110 kes berkaitan individu yang tidak dikenali manakala 42 kes membabitkan kenalan kepada mangsa seperti bekas suami atau bekas teman lelaki.
"Baki kes membabitkan mangsa diperdaya sindiket yang menyamar kononnya mencari kenalan melalui laman sosial sehingga memperdaya mangsa memberikan video aksi lucah," katanya semalam.
Beliau berkata, aplikasi digunakan sindiket terbabit termasuk WeChat, Facebook, MiChat, Line dan WhatsApp selain laman web seperti Locanto.asia serta GoDate2Night.
Katanya, sindiket ini membuat ugutan terhadap mangsa dengan meminta wang antara RM 10,000 hingga RM20,000. "Sekiranya mangsa gagal membuat bayaran itu, sindiket akan menyebarkan gambar bogel mangsa di media sosial selain kepada ahli keluarga dan rakan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Sumber: Harian Metro