
Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Perkembangan Positif Wira Negara Semakin Pulih
Georgetown, 2 Disember 2020 – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, 39, yang terselamat dalam kejadian tembak ketika bertugas di pos sempadan Malaysia -Thailand baru-baru ini, kini boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.
Perkembangan itu dikongsikan Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Sahabudin Abd Manan yang turut memaklumkan Sarjan Norihan sudah boleh berjalan dengan bantuan 'walker frame'.
"Anggota tersebut (Norihan) menunjukkan perkembangan yang sangat baik dan boleh bernafas sendiri tanpa bantuan pernafasan.
"Malah dia boleh minum dan makan makanan bertekstur lembut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Sebelum ini, Sarjan Norihan menjalani pembedahan membuang dua daripada tiga peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pembedahan membuang dua butir peluru pada perut mengambil masa lebih empat jam itu dijalankan oleh kumpulan pakar HPP.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN