
Article
Keratan Akhbar Pilihan Sahabat Kdn Ejen Sebar Maklumat
Kuala Lumpur, 18 Mac 2022 - Seramai 20,000 Sahabat Kita Demi Negara disasar menjadi sebahagian Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh enam bulan akan datan...
Kuala Lumpur, 18 Mac 2022 - Seramai 20,000 Sahabat Kita Demi Negara disasar menjadi sebahagian Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh enam bulan akan datang.
Sahabat Kita Demi Negara akan berperanan sebagai mata dan telinga serta ejen penyebar maklumat tepat berkaitan keselamatan selain bertindak sebagai pemacu kepada pencapaian sasaran kempen Kita Demi Negara iaitu untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, setakat ini sejumlah 500 orang sudah mendaftar sebagai ahli pada hari pertama kempen dilancarkan, semalam.
"Mereka yang mendaftar akan menerima pasport keahlian dan boleh memilih untuk menyertai aktiviti dengan mana-mana agensi keselamatan di bawah KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
"Antaranya program menembak bersama PDRM, aktiviti belayar menaiki kapal APMM, lawatan ke pos kawalan sempadan dan pelbagai lagi.
"Sahabat kemudian akan diberikan cop pada pasport sebagai pengesahan mereka menyertai aktiviti berkenaan. Sahabat yang mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) akan menerima imbuhan ditetapkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen 'Kita Demi Negara’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.