Artikel
ARTIKEL PILIHAN: KOPERASI PDRM KEEMPAT TERBAIK DI NEGARA TAHUN LALU
Sumber: Berita Harian Online
Kuala Lumpur, 18 Mac 2022 - Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan sebagai yang keempat terbaik dalam kalangan 100 koperasi di negara ini, tahun lalu.
Penilaian itu dibuat berdasarkan standard ditetapkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Dasar Koperasi Negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Razarudin Husain, berkata kepimpinan PDRM merakamkan penghargaan kepada seluruh barisan kepimpinan Koperasi PDRM yang bertungkus-lumus memastikan matlamat koperasi mencapai sasarannya.
"Insya-Allah dengan kesungguhan KOP Mantap Berhad, mencari lebih banyak peluang kerjasama dengan rakan strategik, saya yakin ia dapat membantu melonjakkan lagi sektor pelaburan koperasi, seterusnya mengukir lebih banyak kejayaan kepada Koperasi PDRM, tahun ini. "Kita (PDRM) mempunyai lebih 114,000 ahli koperasi yang mendapat manfaat, faedah dan memorandum yang ditandatangani. Pemeteraian memorandum ini dipercayai akan meningkat kejayaan lebih memberangsangkan," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara KOP Mantap dengan rakan strategik di Maktab PDRM, di sini, semalam.
