Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Rampas Lima Kapal Bersama Tangkapan Bernilai Rm1 9 Juta

Published: 20 Jan 2023 3.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Langkawi, 20 Januari 2023 - Gerakan bersepadu Jabatan Perikanan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu selama lima hari di perairan utara Semenanjung menyaksikan lima kapal bersama tangkapan bernilai RM1.9 juta dirampas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rampas-lima-kapal-bersama-tangkapan-bernilai-rm1-9-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT
Langkawi, 20 Januari 2023 - Gerakan bersepadu Jabatan Perikanan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu selama lima hari di perairan utara Semenanjung menyaksikan lima kapal bersama tangkapan bernilai RM1.9 juta dirampas.

Operasi disertai 25 anggota membabitkan penguat kuasa Jabatan Perikanan dan PPM Wilayah Satu bermula pada Ahad lalu dan berakhir di Langkawi, semalam.

Pengarah Perikanan Kedah, Sukri Deris berkata, dalam operasi itu, lima kapal penangkapan ikan tempatan ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985.

“Seramai 20 nelayan warga Thailand dan Kemboja berusia 20 hingga 60 tahun ditahan bersama hasil tangkapan ikan campur seberat 1,700 kilogram,” katanya pada sidang media di Pejabat Perikanan Daerah Langkawi di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 20 Jan 2023 3.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM