Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ramai Mangsa Lelaki Malu Buat Laporan

Published: 26 Feb 2024 1.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Malu adalah antara punca ramai golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual tidak tampil melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa. Sikap demikian memburukkan lagi keadaan mangsa apabila mereka akan lebih terdedah kepada perlakuan jenayah seksual seperti cabul, seks luar tabii atau liwa
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ramai-mangsa-lelaki-malu-buat-laporan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:07 MYT
Kuala Lumpur, 26 Februari 2024 – Malu adalah antara punca ramai golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual tidak tampil melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Sikap demikian memburukkan lagi keadaan mangsa apabila mereka akan lebih terdedah kepada perlakuan jenayah seksual seperti cabul, seks luar tabii atau liwat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, isu gangguan seksual amat sensitif menyebabkan lelaki malu untuk memberitahu yang mereka menjadi mangsa.

“Sebenarnya masyarakat kita ini hanya melihat mangsa gangguan seksual adalah wanita sahaja tapi sebenarnya berlaku juga kepada lelaki, cuma peratusannya agak kecil berbanding wanita.

“Namun kebelakangan ini kita melihat berlaku peningkatan terhadap mangsa lelaki terutamanya kanak-kanak lelaki.

“Jenayah seksual ini tidak menyasarkan kepada satu jantina kerana nafsu dan naluri manusia ini pelbagai. Dalam konteks klinikal juga menyenaraikan pelbagai golongan seksual seperti pedofilia, sukakan haiwan dan seks pelik. Jadi tidak mustahil kepada lelaki juga,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 26 Feb 2024 1.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM