
Artikel
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK JOHOR
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor...
Johor Bahru, 26 Februari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Afandi Senin bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan Kumarasan Muniandy.
Hadir sama, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Azman Shari’at, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail, KPP Pengurusan Saman JSPT Bukit Aman, Superintendan Fauzi Osman dan Semua KBSPTD.
Sumber: Polis Johor