
Article
Keratan Akhbar Pilihan Program Komuniti Mcd Dan Rmhc Santuni Petugas Barisan Hadapan
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2023 - Petugas barisan hadapan antara golongan yang banyak berjasa dalam memastikan keharmonian rakyat dan keamanan negara.
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2023 - Petugas barisan hadapan antara golongan yang banyak berjasa dalam memastikan keharmonian rakyat dan keamanan negara.
Menyantuni golongan barisan hadapan adalah usaha yang wajar sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka yang banyak berkorban demi memastikan rakyat dapat menikmati keamanan.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar berkata, pihaknya sudah memulakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu sejak 2017 supaya dapat memberi dorongan terhadap usaha murni mereka.
Apatah lagi sumbangan makanan adalah salah satu usaha McDonald's Malaysia memupuk budaya menghormati serta berterima kasih dalam kalangan warga McDonald's Malaysia terhadap petugas barisan hadapan antaranya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Anggota PDRM antara barisan hadapan negara yang memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan keharmonian negara terpelihara agar kita menikmati hidup yang aman dan damai.
“Bagi menghargai jasa mereka, kami menyantuni mereka sebagai tanda rasa terima kasih dan berharap usaha ini dapat menggembirakan anggota polis kita. Sempena bulan kemerdekaan, ini adalah masa terbaik bagi McDonald's untuk mempamerkan penghargaan kami,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.