
Artikel
Kpn Dan Timbalan Kpn Hadir Amanat Perdana Hari Kebangsaan Bersama Perdana Menteri Di Dewan Perdana Picc
Putrajaya, 30 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Aman...
Putrajaya, 30 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan bersama Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, petang tadi.
Hadir sama mengiringi PM tadi ialah Timbalan PM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha (KSU) Negara selaku pengerusi jawatankuasa penganjur, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Majlis yang diadakan secara hibrid itu melibatkan kehadiran secara fizikal kira-kira 6,000 orang yang terdiri daripada penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar sekolah, belia, komuniti, anggota beruniform dan para usahawan di peringkat persekutuan serta negeri.
Antara intipati amanat yang disampaikan, Dato' Seri Anwar menyeru agar seluruh rakyat Malaysia memaknai Malaysia yang membawa maksud segala khazanah, kekuatan dan usaha yang dilaksanakan adalah untuk mengembalikan hak kepada rakyat dan mengangkat martabat negara. Sekiranya semangat tersebut ada dalam diri setiap individu, Malaysia akan muncul sebagai negara yang hebat serta gagah di Asia Tenggara.
Hadir sama, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, KP Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid, Ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan, negeri dan kenamaan negara luar.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.





