
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Prn Pdrm Beri Khidmat Terbaik Pada Prn
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.
Kuala Lumpur, 21 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia dan memberikan jaminan perkhidmatan terbaik untuk pilihan raya di enam negeri, bulan depan. Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setiap pegawai dan anggota diingatkan bersikap profesional serta rasional ketika menjalankan tugas sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Katanya, anggota yang terlibat di lapangan juga perlu bijak mengawal emosi ketika berhadapan sebarang insiden provokasi. “Saya percaya seluruh petugas PDRM bersiap sedia sepenuhnya memberikan perkhidmatan terbaik untuk PRN kali ini. “Dalam kita melaksanakan tugas yang diamanahkan, kesihatan dan keselamatan diri juga perlu diberi keutamaan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.