
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Cekup Empat Pengedar Dan Rampas Dadah Lebih Rm4 Juta
Johor Bahru, 21 Julai 2023 - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Johor Bahru, 21 Julai 2023 - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib empat individu yang menjadi ahli sindiket pengedaran dadah apabila mereka diberkas di Kluang, Isnin lalu.
Nyata taktik mereka membungkus pelbagai jenis dadah dalam pek jus minuman dan teh tidak bertahan lama serta berjaya dibongkar pihak polis. Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul 6.20 petang itu, kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 30 tahun berjaya ditahan dan pihaknya merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM4,304,551.90.
“Modus operandi yang digunakan adalah menjadikan rumah teres dua tingkat yang disewa sebagai stor dan tempat pembungkusan semula dadah.
“Sindiket ini yang aktif sejak lapan bulan lalu akan membungkus barang terlarang ke dalam pek kecil jus minuman dan teh sebelum diedarkan ke pusat-pusat hiburan dengan harga serendah RM150 sebungkus,” katanya. Dato’ Kamarul Zaman berkata, antara dadah yang dirampas ialah 54.33 kilogram (kg) serbuk Ekstasi, Pil Eramin 5 (7,923 biji), Pil Ekstasi (6,564 biji), Ketamin (1.22kg) dan Ganja (346 gram).
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.