Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Premis Judi Kaut Rm30 Ribu Sebulan Kena Gempur

Published: 19 Apr 2023 7.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Sarawak mengesan pemilik sebenar sebuah premis di Kuching City Mall yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian berikutan penahanan lima warga asing di premis itu menerusi Op Dadu Khas, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-premis-judi-kaut-rm30-ribu-sebulan-kena-gempur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
Kuching, 19 April 2023 - Polis Sarawak mengesan pemilik sebenar sebuah premis di Kuching City Mall yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian berikutan penahanan lima warga asing di premis itu menerusi Op Dadu Khas, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 26 tahun itu bekerja sebagai operator pengendalian perjudian dalam talian dengan bayaran gaji RM1,500.

“Siasatan awal mendapati pusat perjudian tersebut telah beroperasi mengikut syif dalam tempoh 24 jam sejak dua bulan lalu.

"Berdasarkan rekod dan transaksi, dipercayai jumlah keuntungan kasar bagi sindiket tersebut mencecah RM30,000 sebulan," katanya, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and people performing martial arts


 
 
 
ArticlePublished 19 Apr 2023 7.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM