Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Selamat 20 500 Anggota Pdrm Kawal Trafik Di Gua Musang

Diterbitkan: 19 Apr 2023 5.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, jumlah itu termasuk 254 anggota trafik yang akan mengawal lalu lintas sepanjang lapan hari operasi dijalankan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-selamat-20-500-anggota-pdrm-kawal-trafik-di-gua-musang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT
Kota Bharu, 19 April 2023 - Polis akan menempatkan lebih 500 anggotanya di Gua Musang menerusi Op Selamat bermula 20 April ini bagi melancarkan kesesakan trafik yang dijangka berlaku di jajahan itu sempena Aidiltitri tahun ini.
 
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, jumlah itu termasuk 254 anggota trafik yang akan mengawal lalu lintas sepanjang lapan hari operasi dijalankan.

“Tahun ini, kita akan memberi lebih tumpuan kepada aliran trafik di Gua Musang berikutan laluan utama ditutup sementara untuk kerja pembaikan jalan.

“Kita jangkakan aliran trafik mungkin lebih sesak kerana perantau akan mengambil peluang pulang beraya selepas beberapa tahun berdepan kekangan akibat COVID-19,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris
ArtikelDiterbitkan 19 Apr 2023 5.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM