Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Tahan Bot Pukat Tunda Jual Diesel Bersubsidi Tanpa Permit

Published: 13 Jan 2025 9.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 13 Januari 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot pukat tunda selepas disyaki menjalankan aktiviti penjualan diesel bersubsidi nelayan tanpa permit di kawasan laut Safma, di sini, Jumaat lalu. Bot pukat tunda itu ditahan bot ronda PPM Kota Kinabalu kira-kira jam 8 malam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-tahan-bot-pukat-tunda-jual-diesel-bersubsidi-tanpa-permit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:11 MYT

Kota Kinabalu, 13 Januari 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot pukat tunda selepas disyaki menjalankan aktiviti penjualan diesel bersubsidi nelayan tanpa permit di kawasan laut Safma, di sini, Jumaat lalu.

Bot pukat tunda itu ditahan bot ronda PPM Kota Kinabalu kira-kira jam 8 malam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim, berkata pemeriksaan menemukan beberapa tangki diubah suai berisi diesel.

“Dua tangki diubah suai dengan kapasiti 1,000 liter yang berisi kira-kira 2,000 liter diesel, manakala empat tangki yang turut diubah suai dengan kapasiti 600 liter berisi 2,400 liter diesel.

“Dua lagi tangki diubah suai ditemui dengan kapasiti 800 liter berisi 1,600 liter diesel,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of submarine and text

ArticlePublished 13 Jan 2025 9.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM