
Article
Keratan Akhbar Pilihan Portal Semak Mule Catat 37 Juta Pelawat
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 - Portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat lebih 37 juta pelawat sejak dilancarkan pada Oktober 2020, sekali gus m...
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 - Portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat lebih 37 juta pelawat sejak dilancarkan pada Oktober 2020, sekali gus membuktikan tahap kesedaran rakyat terhadap jenayah penipuan kewangan semakin meningkat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, platform berkenaan kini menjadi rujukan utama masyarakat bagi menyemak nombor akaun, telefon dan nama syarikat yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan.
“Portal Semak Mule PDRM boleh dilayari melalui alamat https://semakmule.rmp.gov.my.
“la dibangunkan bagi membantu masyarakat menyemak akaun bank, nombor telefon dan nama syarikat yang disyaki terbabit dalam jenayah penipuan kewangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.
Katanya, portal itu dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh JSJK menggunakan teknologi ColdFusion Programming, MySQL Database dan Apache Server tanpa membabitkan kos luar.