Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Simulasi Ancaman Pengganas Uji Kekuatan Fizikal Kebijaksanaan

Diterbitkan: 03 Nov 2025 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jeli, 31 Oktober 2025 - Polis Kelantan buat julung kalinya mengadakan satu latihan amal simulasi ancaman pengganas bagi menguji tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan agensi berkaitan dalam menghadapi sebarang ancaman pengganas atau jenayah besar-besaran yang diadakan di Stesen Jana Kuasa Sultan Ismail Petra, Pergau, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-simulasi-ancaman-pengganas-uji-kekuatan-fizikal-kebijaksanaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:31 MYT


Jeli, 31 Oktober 2025 - Polis Kelantan buat julung kalinya mengadakan satu latihan amal simulasi ancaman pengganas bagi menguji tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan agensi berkaitan dalam menghadapi sebarang ancaman pengganas atau jenayah besar-besaran yang diadakan di Stesen Jana Kuasa Sultan Ismail Petra, Pergau, di sini, semalam.

Simulasi berkenaan diadakan selama tiga hari bermula Selasa lalu membabitkan lebih 200 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi membabitkan Polis Diraja Malaysia termasuk Pasukan Gerakan Am bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Tenaga Nasional Berhad.

Senario simulasi yang diadakan hari terakhir semalam menampilkan ancaman bersenjata, insiden tebusan, letupan IED dan operasi rundingan berprofil tinggi.

Setiap elemen dirancang meniru situasi dunia sebenar bagi menguji bukan sahaja kekuatan fizikal, tetapi juga kebijaksanaan taktikal, kestabilan emosi dan ketepatan membuat keputusan di bawah tekanan masa.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, sebarang ancaman atau sabotaj terhadap infrastruktur ini boleh memberi kesan domino yang menggugat ekonomi, kestabilan dan keselamatan rakyat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text that says 'SIMULASI ANCAMAN PENGGANAS Uji kekuatan fizikal, kebijaksanaan Oleh axίa dZaidi Zaidi Jeli Kelan
 
 
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2025 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM