Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Terima Lebih 48 Laporan

Published: 29 Oct 2024 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jitra, 29 Oktober 2024 - Polis Kedah menerima lebih 48 laporan polis di negeri ini berhubung kes pelaburan emas Siti Hajartul Haini membabitkan kerugian sebanyak RM26 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-terima-lebih-48-laporan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:06 MYT
Jitra, 29 Oktober 2024 - Polis Kedah menerima lebih 48 laporan polis di negeri ini berhubung kes pelaburan emas Siti Hajartul Haini membabitkan kerugian sebanyak RM26 juta.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, berkata laporan polis itu diterima membabitkan daerah Kulim, Kota Setar, Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda.

Berikutan itu, beliau berkata, tujuh suspek termasuk dalangnya iaitu seorang wanita yang berusia 37 tahun, ditahan di negeri ini.

“Enam lagi suspek termasuk suami wanita itu dan adik perempuannya serta adik iparnya iaitu lelaki, manakala tiga lagi dipercayai ejen pelaburan emas terbabit.

“Semua mereka yang ditahan berusia antara 29 hingga 62 tahun itu bermula pada 21 dan 22 Oktober lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 29 Oct 2024 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM