Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Cungkil Bakat Sukan Anggota Beruniform

Diterbitkan: 29 Oct 2024 1.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan program Pembangunan Bakat Sukan Dalam Kalangan Badan Beruniform, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cungkil-bakat-sukan-anggota-beruniform
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:51 MYT
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan program Pembangunan Bakat Sukan Dalam Kalangan Badan Beruniform, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan bilangan 2/2024 yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid, program itu bertujuan membangunkan satu ekosistem sukan berprestasi tinggi yang dinamik dengan memanfaatkan bakat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).

“Inisiatif ini menyasarkan kerjasama strategik secara berperingkat antara MSN dan badan-badan beruniform.

“Beberapa langkah akan diambil untuk memperkasakan anggota badan beruniform dalam sukan, antaranya penyediaan peralatan latihan dan kemudahan sewaan pusat latihan bagi memastikan latihan dijalankan dengan efisien.

“Turut diambil penekanan adalah penganjuran kejohanan tempatan dan penyertaan kejohanan dalam dan luar negara supaya bakat-bakat ini dapat didedahkan dengan lebih banyak pertandingan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” kata Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid dalam satu kenyataan, semalam.

Antara sukan yang akan diberi perhatian ialah sepak takraw, karate, tinju, ping pong, angkat berat, menembak dan memanah dengan pembabitan agensi seperti BOMBA, ATM dan PDRM.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2024 1.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM