Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Suspek Kes Rompak Rm1 8 Juta Dalam Tempoh 12 Jam

Published: 05 May 2023 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Pilah, 5 Mei 2023 - Seorang lelaki dipercayai antara suspek merompak emas bernilai kira-kira RM1.8 juta di sini kelmarin, berjaya ditahan tidak sampai 12 jam selepas kejadian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-suspek-kes-rompak-rm1-8-juta-dalam-tempoh-12-jam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuala Pilah, 5 Mei 2023 - Seorang lelaki dipercayai antara suspek merompak emas bernilai kira-kira RM1.8 juta di sini kelmarin, berjaya ditahan tidak sampai 12 jam selepas kejadian.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu ditahan di daerah ini, kira-kira jam 10 malam selepas polis melancarkan gerakan memburu sejurus kejadian jam 11.30 pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, polis masih menyoal siasat suspek berkenaan.

“Soal siasat sedang dijalankan untuk melihat pembabitan suspek.

“Reman terhadap suspek sudah diperoleh, dia direman tujuh hari sehingga 10 Mei ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, car and text that says 'Suspek kes rompak emas RM1.8j ditahan dalam 12 jam tidak sampai 12 Tangkap layar video kejadian sebuah
ArticlePublished 05 May 2023 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM