Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Lebih 60 000 Ditahan Polis Kes Dadah Dan Racun

Diterbitkan: 05 May 2023 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2023 - Lebih 60,000 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan dadah dan racun menerusi pelbagai siri operasi di seluruh negara sejak awal tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-lebih-60-000-ditahan-polis-kes-dadah-dan-racun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:48 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mei 2023 - Lebih 60,000 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan dadah dan racun menerusi pelbagai siri operasi di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, tindakan diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983.

“JSJN menahan seramai 62,132 orang atas pelbagai kesalahan dan daripada jumlah itu 128 individu ditahan mengikut Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Hasil tindakan dan operasi ini, polis merampas 7,917 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dan 1,379 liter pelbagai jenis cecair dadah,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JSJN kelmarin.

JSJN turut merampas 31,856 kg daun ketum, 21,243 liter air ketum serta lapan batang pokok ganja yang membawa nilai rampasan keseluruhan bernilai RM213 juta.

“Seramai 2,669 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang mengikut Seksyen 15(l)(a) ADB 1952 dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,533 individu disabitkan kesalahan mengikut seksyen yang sama,” kata kenyataan itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 05 May 2023 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM